Kecurangan akademik pelajar universiti semasa tekanan pandemik... wajarkah?
Kecurangan akademik, atau academic cheating dalam bahasa Inggeris, bermaksud penipuan atau cara yang tidak dibenarkan yang dilakukan dalam hal-hal ilmiah. Pelakunya adalah ahli dalam komuniti ilmiah. Contoh yang kerap adalah berkait dengan penipuan semasa peperiksaan atau ujian seperti meniru, berbincang dengan rakan yang berdekatan tentang soalan peperiksaan, dan merujuk nota yang dibawa semasa closed-book exam. Kecurangan akademik juga boleh berlaku di masa pelajar menyiapkan tugasan atau laporan kursus, di mana mereka meniru bulat-bulat tanpa cuba menyelesaikan sendiri tugasan yang diberikan atau menyerahkan tugasan mereka kepada kumpulan tertentu yang menerima upah untuk selesaikan tugasan tersebut. Di masa pandemik ini, kebanyakan institusi pendidikan tidak punya pilihan melainkan melangsungkan pembelajaran dan penilaian mereka secara atas talian sepenuhnya. Pelajar belajar dari rumah, pensyarah pula mengajar mereka melalui platform atas talian seperti webex, microsoft teams,...