Kecurangan akademik pelajar universiti semasa tekanan pandemik... wajarkah?
Kecurangan akademik, atau academic cheating dalam bahasa Inggeris, bermaksud penipuan atau cara yang tidak dibenarkan yang dilakukan dalam hal-hal ilmiah. Pelakunya adalah ahli dalam komuniti ilmiah. Contoh yang kerap adalah berkait dengan penipuan semasa peperiksaan atau ujian seperti meniru, berbincang dengan rakan yang berdekatan tentang soalan peperiksaan, dan merujuk nota yang dibawa semasa closed-book exam. Kecurangan akademik juga boleh berlaku di masa pelajar menyiapkan tugasan atau laporan kursus, di mana mereka meniru bulat-bulat tanpa cuba menyelesaikan sendiri tugasan yang diberikan atau menyerahkan tugasan mereka kepada kumpulan tertentu yang menerima upah untuk selesaikan tugasan tersebut.
Di masa pandemik ini, kebanyakan institusi pendidikan tidak punya pilihan melainkan melangsungkan pembelajaran dan penilaian mereka secara atas talian sepenuhnya. Pelajar belajar dari rumah, pensyarah pula mengajar mereka melalui platform atas talian seperti webex, microsoft teams, google meet dan sebagainya. Kaedah dalam talian ini bermula pada Minggu ke-4 perkuliahan (anggaran), di mana kelas tersebut dihabiskan pembelajarannya (berbaki 10 minggu) dalam mod dalam talian. Ini adalah pada semester kedua 2019/2021 sekitar April 2020. It was difficult for both sides, i.e. students and lecturers. Namun kedua pihak cuba memberikan kerjasama. Semua tahu, tidak banyak yang boleh dilakukan, melainkan meneruskan dalam keadaan yang "rumit" itu. Keep our mouth shut and just do it.
Apa yang "rumit"? It was a long list. Fasiliti akses internet yang tidak sejajar dengan status negara maju Malaysia dan pilihan pakej oleh penyedia internet atau internet providers pun tak berapa berpihak kepada pengguna.. jika ada, mahal. Sudahlah mahal, kualiti servisnya tidak konsisten pula. Sekejap bagus, sekejap hilang entah ke mana. Itu belum lagi masalah tempat tinggal yang tidak mendapat capaian internet.. lagi haru...
Pelajar dan pensyarah keduanya menerima tekanan akibat daripada permasalahan internet ini. Tidak cukup dengan tekanan internet, pensyarah dikerah supaya melaksanakan pembelajaran online walaupun kemahiran tidak lah sehebat mana. Dahulunya bertahun pengajaran online cuba dijadikan budaya dalam pengajaran tapi sambutannya hambar. Susah lah, bukan mudah nak buat video pengajaran. Susahlah, bukan mudah nak bangunkan bahan penilaian dalam talian. Semua susah. Segala pakar pendidikan atas talian cuba mengubah persepsi pensyarah ini, namun tidak berjaya. Akan tetapi, Encik COVID19 berjaya mengubah segalanya (hahahaha padan muka)
Habis sahaja semester yang "rumit" itu, pensyarah terutamanya, mula mendoakan, agar semester seterusnya dapat dilaksanakan dalam mod face-to-face atau f2f atau bersemuka. Ya kami rindu cara pengajaran ini di mana banyak perkara boleh dikawal oleh kami. Pengajaran kuliah atau sesi makmal boleh dibuat mengikut kebiasaan yang kami buat. Kami boleh tahu jika pelajar kami tak faham dalam kelas. Cukup dengan memerhati riak muka dan tindakbalas pelajar dalam kelas. Kami puas bila lihat pelajar dapat faham apa yang cuba disampaikan. Penilaian ke atas pelajar juga boleh dibuat mengikut kebiasaan yang kami buat. Untuk setiap ujian atau peperiksaan, pelajar dijarakkan dan dikawal selia oleh pengawas peperiksaan... kami puas hati bila melihat kepada skrip jawapan pelajar, kerana itulah maklumat sebenar tahap penguasaan pelajar atas topik yang berkenaan.
Namun, ditakdirkan semester diteruskan juga dalam mod atas talian. Seperti budak-budak yang nak main, tapi disuruh menyapu depan rumah. Terbantut mooodddd... Sapu memang sapu, tetapi dalam hati, Allah sahaja yang tahu (hahaha). Semester diteruskan, kali ini cabarannya sama tapi tak serupa dengan semester yang pertama tempohari. Tekanan daripada pihak akreditasi yang cuba mempertikaikan keberkesanan pengajaran atas talian kami, cukup merisaukan. Formula apa yang boleh memastikan pengajaran dan pembelajaran adalah efektif, se-efektif semasa f2f dahulu? Jawapannya, there is no such formula. Online teaching complements f2f sessions. Nobody argues this. Jadi, wajarkah mempersoalkan keberkesanan kaedah atas talian, walhal jawapannya sudah maklum? Wajarkah tekanan yang sedemikian?
Tekanan ini bertambah hebat apabila satu demi satu kecurangan akademik dihebohkan telah berlaku dalam kalangan pelajar yang menduduki peperiksaan atas talian. Pelajar bertindak berani dengan melanggani servis atas talian yang menawarkan jawapan kepada semua soalan yang dimuat naik pelajar dalam masa kurang sejam. Ada pelajar yang berbincang jawapan dalam aplikasi whatsapp dan sebagainya, sehinggakan ada yang tersilap hantar skrip jawapan kawannya dalam portal peperiksaan sendiri. Bila ditanya, kenapa kamu ada skrip jawapan kawan kamu? Kawan saya hantar pada saya puan. Kenapa dia hantar jawapan dia kepada kamu? Saya pun tak tahu kenapa puan. Aduhai... Ini belum lagi kes pelajar yang memang duduk serumah dan menjawab peperiksaan secara berjemaah.
Macam-macam kes kecurangan akademik yang kami dengar. Semua fakulti, semua univesiti. Namun, apa respon kami? Kami diam sahaja. Dalam hati, Allah sahaja yang tahu. Kami cuba lah fikir apa yang boleh dibuat, supaya penilaian dapat dilakukan secara adil. Seperti bapak Sazali lah, bila dengar anak nya melakukan perkara tak sepatutnya, berderai hatinya, retak jiwanya.... anak, wajarkah kau perlakukan bapak sebegini, setelah banyak masa yang kita habiskan bersama, sama-sama bersusah payah belajar online... dan ini yang engkau balas padaku? Kau tipu gurumu. Kau hancurkan kepercayaan guru padamu. Robekan hati ini kudiamkan sendiri. Semoga Allah beriku ilham untuk mengurus urusan ini sebaiknya... Harapan kami agar anak-anak faham, kecurangan akademik bukanlah satu perkara yang remeh, ianya satu jenayah berat.
Mana nilaimu jika integriti dan kejujuran tiada lagi?
Comments
Post a Comment